Demo Fire Fighting - Family Day 2010

Demo Fire Fighting - Family Day 2010

Sunday 8 January 2012

Takziah kepada Saudara Ayoub Lias

Alfatihah.
Takziah diucapkan kepada saudara Ayoub Lias (Jalan 4/6) atas kembali kerahmatullah ayahanda beliau.

Monday 5 December 2011

Wednesday 22 June 2011

Kejadian kecurian kereta

terbaru kecurian kereta Toyota Rush dari rumah di Jalan 4/6D. Apakah tindakan kita, persatuan? perlukah kita mengujudkan kawalan rukun tetangga atau rondaan?

Saturday 11 June 2011

Gotong Royong Sempena Hari Keluarga dan Kecemerlangan 2011

Gotong Royong sempena Hari Keluarga dan Kecemerlangan 2011 telah diadakan pada Sabtu 21 Mei 2011 di kawasan padang dan sekitar perumahan. Pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang telah dapat meluangkan masa bagi menjayakan aktiviti ini.

Pihak persatuan juga mengucapkan terima kasih kepada pihak MPKJ dan Pejabat Kesihatan Hulu Langat dalam melicinkan aktiviti gotong royong ini.

Hasil "kajian" pegawai Pejabat Kesihatan mendapati terdapat banyak jentik-jentik di kawasan perumahan kita.

Pihak persatuan merayu kepada semua penduduk supaya mengamalkan budaya bersih dan memastikan tidak ada air bertakung disekitar depan dan belakang rumah seperti pada tutup tong sampah, pasu-pasu bunga dan bekas-bekas pelastik.

Tiada jentik-jentik tiada aedes di kawasan kita.