Laman Blog Persatuan Penduduk Jalan 4/6, 4/6A hingga 4/6E, Bandar Baru Bangi (0185-07-SEL).
Demo Fire Fighting - Family Day 2010
Showing posts with label Keselamatan. Show all posts

Wednesday, 22 June 2011
Kejadian kecurian kereta
terbaru kecurian kereta Toyota Rush dari rumah di Jalan 4/6D. Apakah tindakan kita, persatuan? perlukah kita mengujudkan kawalan rukun tetangga atau rondaan?
Labels:
Keselamatan
Saturday, 23 August 2008
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 51 DAN RAMADHAN 1429H
Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Jalan 4/6, 4/6A Hingga 4/6E mengucapkan selamat menyambut Hari Merdeka dan seterusnya selamat menerima kedatangan Ramadhan.
Ramadhan bagi tahun Hijrah 1429 yang muncul semasa kehangatan menyambut hari ulangtahun kemerdekaan tanah air kita masih dirasai, diharap akan lebih bermakna bagi kita umat Islam khususnya penduduk Islam di kawasan 4/6, 4/6A hingga 4/6E.
Beberapa kejadian jenayah terutamanya jenayah pecah rumah dan kejadian kecurian adalah merupakan ancaman terhadap keselamatan penduduk dan perlu diberi perhatian.
Sehubungan dengan itu pihak persatuan berusaha untuk sama-sama menangani masalah ancaman keselamatan ini. Buat masa ini langkah yang diambil adalah akan mengedarkan pelekat kenderaan untuk ahli persatuan dan penduduk, dan mengemaskinikan senarai penduduk.
Tujuan pelekat kenderaan adalah supaya penduduk dapat mengenali kenderaan penduduk kawasan ini dan dapat mengambil perhatian terhadap kenderaan luar sebagai langkah berhati-hati. Insaallah pelekat kenderaan akan diedarkan apabila urusan mencetak dapat diselesaikan.
Langkah mengemaskinikan senarai penduduk bertujuan supaya penduduk dapat mengenali penyewa dan juga penduduk yang baru mendiami kawasan ini disamping dapat merapatkan silaturrahim dengan penduduk baru. Insaallah dengan mengenali jiran kita dapat bekerjasama terutamanya dalam hal-hal keselamatan dan hal ehwal penduduk.
Mudah-mudahan dengan beberapa langkah ini penduduk dapat bekerjasama memastikan kawasan taman kediaman kita supaya lebih selamat.

Tuesday, 6 November 2007
SALAM AIDIL FITRI - PESANAN DARI TIMB. KETUA POLIS BALAI BANDAR BARU BANGI
Wakil AJK Penduduk yang diketuai oleh Yang DiPertua, telah mengadakan perbincangan dengan pihak Balai Polis Bandar Baru Bangi, bertujuan untuk meningkatkan langkah keselamatan bagi kawasan 4/6, 4/6A hingga 4/6E, terutamanya sempena musim cuti hari raya. Timbalan Ketua Polis Balai (TKPB), Bandar Baru Bangi telah menyarankan beberapa perkara berikut sebagai langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan keselamatan. Disamping itu wakil PP juga telah dimaklumkan bahawa pihak balai Bandar Baru Bangi akan meningkatkan rondaan semasa musim cuti hari raya tersebut.
Berikut adalah maklumat dan langkah keselamatan yang telah disarankan oleh TKPB
1. Ketua Polis Balai (KPB/OCS) Bandar Baru Bangi, Sarjan Haani b. Kanti
2. Timbalan Ketua Polis Balai (TKPB) Bandar Baru Bangi, Sarjan Zainal b. Zakaria
3. Telefon Balai Polis Bangi: 03-8920 1222, 03-8925 0282
4. Untuk urusan pengeluaran duit di bank bagi jumlah RM 10K ke atas, boleh mohon bantuan keselamatan (Polis berpakaian awam akan dipinjamkan sebagai pengiring).
5. Kemputer riba jangan ditinggalkan dalam kereta kerana pencuri boleh tahu dengan menggunakan pengesan.
6. Jangan amalkan menyimpan duit dalam jumlah yang banyak dalam beg tangan kerana amalan ini sudah tidak lagi selamat pada masa ini.
7. Tiga jenama motosikal yang menjadi sasaran pada masa ini ialah Lagenda, AX5 dan RXZ, jika mempunyai motosikal ini, gate rumah hendaklah setiasa dikunci
8. Jangan simpan barang kemas dan duit dalam jumlah yang banyak pada satu masa di rumah.
9. sekiranya pencuri atau penceroboh disedari sedang memasuki sesabuah rumah, bunyikan alarm kereta. Jiran-jiran juga hendaklah membunyikan alarm masing-masing. Pasang lampu bahagian hadapan rumah masing-masing.
10. Sebelum meninggalkan rumah agak lama, kunci pintu dan grill dengan kemas, jika boleh kunci grill dengan menggunakan bracket dan mangga kunci yang berkualiti.

Balai Polis Bandar Baru Bangi,
Keselamatan
Subscribe to:
Posts (Atom)