Demo Fire Fighting - Family Day 2010

Demo Fire Fighting - Family Day 2010

Thursday, 25 November 2010

Majlis Ramah Mesra & Aidil Adha

Satu Majlis Ramah Mesra & Aidil Adha akan diadakan pada dan bertempat seperti berikut;

Tarikh: 28/11/2010(Ahad)
Masa:  8.30am - 12.30pm
Tempat: Padang Permainan Jalan 4/6
**(27/11/10, sabtu 8.30am - gotong royong bagi persediaan majlis)

Semua warga penduduk 4/6, 4/6A-4/6E adalah dijemput hadir.
Program;
Ceramah motivasi
Nasyid
Makan

Menu;
  • Kambing bakar
  • Nasi tomato (acar, dalca, ayam masak merah)
  • Buah-buahan
  • Cendol
  • Oren/ mineral
  • Bubur kacang
  • Tepung bungkus

Sunday, 8 August 2010

Hari Keluarga - 6.6.2010

Hari Keluarga tahun ini meriah dengan penyertaan warga 4/6-4/6E dan famili dengan pelbagai aktiviti yang diadakan termasuk ceramah/demo dari Jabatan BOMBA Bandar Baru Bangi, sukaneka, tarik tali, lucky draw dan disudahi dengan makan tengahari. Berikut disertakan gambar-gambar kenangan..

Thursday, 15 July 2010

Gotong Royong 5/6/2010

8.30am start gotong-royong dengan sambutan semua warga dengan dibantu MPKJ.. Aktiviti membersih kawasan padang untuk Hari Keluarga pada pada hari esoknya dan juga memangkas ranting2 pokok yang sudah berjuntai dan membahayakan..







Friday, 7 November 2008

MAJLIS JAMUAN TEMU MESRA PENDUDUK 4/6

PER: MAJLIS JAMUAN TEMU MESRA PENDUDUK 4/6

Majlis yang tersebut di atas akan diadakan seperti berikut;

Tarikh / hari : 9 November 2008, Ahad
Waktu : 9 pagi – 12 tengah hari
Tempat :Dewan Komuniti Penduduk Seksyen 4 (hadapan stesen minyak PETRONAS)


Semoga dengan kehadiran tuan/puan serta juadah yang disumbangkan akan lebih memeriahkan majlis kita nanti, InsaAllah.

Thursday, 25 September 2008

Selamat Menyambut Aidil Fitri


Persatuan Penduduk 4/6, 4/6A Hingga 4/6E mengucapkan selamat menyambut hari kemenangan Aidil Fitri untuk tahun Hijrah 1429 kepada ahli persatuan dan semua penduduk 4/6, 4/6A Hingga 4/6E yang berugama Islam.

Mudah-mudahan tahun ini kita dapat meraikan dengan meriah dan penuh ketenangan. Persatuan akan berusaha untuk mengadakan jamuan hari raya bagi mengeratkan silaturahim antara penduduk dan agar penduduk dapat beramah mesra.

Thursday, 18 September 2008

Demam Chikungunya

Terdapat kes demam chikungunya di kawasan kediaman kita. Pihak Jabatan Kesihatan Ulu Langat telah membuat semburan mengawal nyamuk pada petang 18 September 2008. Perkara ini saya sahkan sendiri dengan bertanya kepada kakitangan jabatan kesihatan yang membuat kerja semburan.

Untuk makluman deman chikunya ini adalah adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes.

rujukan untuk penyakit ini juga boleh di dapati dari
http://en.wikipedia.org/wiki/Chikungunya

Dengan musim hujan sekarang ni, keperihatinan kita menjaga persekitaran terutama kawasan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk adalah ikhtiar yang terbaik dalam mengawal penyakit ini untuk terus merebak.

Tuesday, 9 September 2008

Selamat Menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

Persatuan mengucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR dan selamat berjaya kepada anak-anak penduduk yang mengambil peperiksaan bermula dari 9 Sept hingga 11 Sept 2008.

Saturday, 23 August 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 51 DAN RAMADHAN 1429H

Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Jalan 4/6, 4/6A Hingga 4/6E mengucapkan selamat menyambut Hari Merdeka dan seterusnya selamat menerima kedatangan Ramadhan.

Ramadhan bagi tahun Hijrah 1429 yang muncul semasa kehangatan menyambut hari ulangtahun kemerdekaan tanah air kita masih dirasai, diharap akan lebih bermakna bagi kita umat Islam khususnya penduduk Islam di kawasan 4/6, 4/6A hingga 4/6E.

Beberapa kejadian jenayah terutamanya jenayah pecah rumah dan kejadian kecurian adalah merupakan ancaman terhadap keselamatan penduduk dan perlu diberi perhatian.

Sehubungan dengan itu pihak persatuan berusaha untuk sama-sama menangani masalah ancaman keselamatan ini. Buat masa ini langkah yang diambil adalah akan mengedarkan pelekat kenderaan untuk ahli persatuan dan penduduk, dan mengemaskinikan senarai penduduk.

Tujuan pelekat kenderaan adalah supaya penduduk dapat mengenali kenderaan penduduk kawasan ini dan dapat mengambil perhatian terhadap kenderaan luar sebagai langkah berhati-hati. Insaallah pelekat kenderaan akan diedarkan apabila urusan mencetak dapat diselesaikan.

Langkah mengemaskinikan senarai penduduk bertujuan supaya penduduk dapat mengenali penyewa dan juga penduduk yang baru mendiami kawasan ini disamping dapat merapatkan silaturrahim dengan penduduk baru. Insaallah dengan mengenali jiran kita dapat bekerjasama terutamanya dalam hal-hal keselamatan dan hal ehwal penduduk.

Mudah-mudahan dengan beberapa langkah ini penduduk dapat bekerjasama memastikan kawasan taman kediaman kita supaya lebih selamat.

Monday, 2 June 2008

Sessi Taklimat Keselamatan

Satu sessi taklimat keselamatan bagi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Bagi Kawasan Perumahan Jalan 4/6, 4/6A Hingga 4/6E, Bandar Baru Bangi akan di adakan seperti berikut;

Tarikh : 15 Jun 2008
Hari : Ahad
Masa : 9.00 Pagi
Tempat: Padang Permainan Kawasan Perumahan Jalan 4/6

Pihak persatuan telah menjemput Syarikat Kawalan Keselamatan Skywal Sdn. Bhd., untuk memberi penjelasan berkenaan perkhidmatan kawalan keselamatan.

Dalam taklimat ini, sessi soal-jawab antara syarikat dan penduduk juga telah dirancang.

Semua penduduk adalah sangat diharapkan dapat menghadirkan diri ke sessi taklimat ini

Wednesday, 2 April 2008

HARI KELUARGA DAN PENCAPAIAN AKADEMIK

Semua Penduduk Jalan 4/6, 4/6A hingga 4/6E, Bandar Baru Bangi adalah dijemput untuk hadir dan turut serta dalam aktiviti Hari Kecemerlangan dan Pencapaian Akademik 2008, anjuran Persatuan Penduduk Jalan 4/6, 4/6A hingga 4/6E, Bandar Baru Bangi.
Hari Keluarga dan Pencapaian Akademik
Persatuan Penduduk Jalan 4/6, 4/6A hingga 4/6E
Bandar Baru Bangi
Tarikh : 13 April 2008
Hari : Ahad
Tempat : Taman Permainan Jalan 4/6
Aturcara:
7.30 Pagi Kehadiran Penduduk
Bacaan Doa
Ucapan YDP Persatuan
Pemeriksaan Kesihatan
Senamrobik
Sukaneka
Tahap 1 (kanak-kanak tahun 3 (9 tahun) dan kebawah)
- Rebut gula-gula (kumpulan)
- Bawa bola pimpong dalam sudu (kumpulan)
Tahap 2 (kanak-kanak tahun 4 - tahun 6 (10 tahun - 12 tahun))
- Isi air dalam botol (kumpulan)
- Permainan berpasangan (ikat kaki dan berlari)
- Jalan guna tempurung (kumpulan)
Remaja (Tingkatan 1 - Tingkatan 5)
- Bowling buah kelapa
- Makan epal dengan tangan terikat
- Treasure hunt/explore race (kumpulan)
- Jalan guna batu bata (kumpulan)
- Lari dalam guni (kumpulan)
Dewasa
- Tarik tali
Penyampaian Cenderahati pencapaian Akademik
12.00 th Ucapan Penutup
Bersurai

Wednesday, 12 March 2008

Program Kecemerlangan dan Sukaneka Penduduk

Program kecemerlangan dan sukaneka penduduk Jalan 4/6, 4/6A hingga 4/6E di rangka akan diadakan pada hari Ahad 13 April 2008.

Aktiviti ini dijalankan bagi mengeratkan lagi hubungan penduduk di kawasan ini disamping bertujuan untuk menyebarkan maklumat semasa dan memberi pengiktirafan kepada anak-anak ahli yang mengambil peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM pada tahun 2007. Untuk permulaan ini pencapaian akademik tidak termasuk STPM kerana STPM dianggap persekolahan tinggi yang sama dengan kolej atau lain-lain IPT

Bagi menjayakan aktiviti ini, sumbangan derma adalah sangat-sangat dialu-alukan.

Satu gotong royong membersihkan tapak taman permainan akan diadakan pada 30 Mac 2008 bermula pukul 8.00 pagi.

Maklumat selanjutnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Monday, 31 December 2007

Selamat Tahun Baru 2008

----- Original Message -----
From: ALI SHUKOR
Sent: Monday, December 31, 2007 6:43 PM
Subject: Re: Blog Persatuan penduduk jalan 4/6 4/6a hingga 4/6e


Ucapan sempena tahun baru 2008
Kepada semua ahli Persatuan Penduduk Jalan 4/6, 4/6A hingga 4/6E
Assalamualikum dan selamat sejahtera

Semoga tuan dan puan sekeluarga sihat walafiat dan sentiasa mendapat barakah

Sempena tahun 2008 saya dan AJK mengucapkan selamat menyambut tahun baru mudah2an tuan dan puan semua mempunyai azam yang baru dan sentiasa berusaha untuk merealisasikannya

Buatlah perancangan yang mampu dicapai dan realistik, semoga tahun 2008 adalah lebih baik dari tahun 2007

Pihak persatuan telah merencana beberapa percancangan dan diharap semua ahli dapat memberi sokongan apabila dimaklumkan.

Kepada ahli semua, pihak persatuan amat berharap yuran tertunggak dan yuran tahun 2008 dapat dijelaskan kerana tanpa dana yang cukup kita tidak boleh bergerak ke mana-mana

Kepada ahli yang mempunyai idea, kenalan dan sumber mohon disampaikan kepada blog persatuan iaitu persatuanpenduduk46bangi. blogspot.com

SELAMAT TAHUN BARU DAN MAJU JAYA

Yang DiPertua
Persatuan Penduduk Jalan 4/6, 4/6A Hingga 4/6E,
Bandar Baru Bangi

Friday, 23 November 2007

PP4/6 - 10 November, 2007


Hari Ramah Mesra Penduduk Jalan 4/6 - 4/6E - 10 November, 2007
Gambar kenang-kenangan AJK














GambarAJK yang telah bekerja keras menjayakan Majlis Ramah Mesra Penduduk.

Gerai Ikan Bakar















Gambar Anggota Gerai Ikan Bakar bersamping Raya.

Ikan yang telah dibakar ada yang dah masak,
nak masak, baru letak dan terlebih masak.
Sungguh enak rasanya.
Terima kasih kepada En Aziz (yang diapit AJK)
atas sponsor sip nya.

Ujian darah Tinggi - Rendah















YDP sedang menguji ketahanan darah.
Nampaknya Insya Allah sihat.
AJK lain sedang menunggu giliran masing-masing.

Monday, 12 November 2007

LAGI GAMBAR RAYA





Panas tidak hujan pun tidak
Mungkin majlis dirahmati
Sumbangan juadah amatlah banyak
Ajk terharu dan berbesar hati

Tujuan utama beramah mesra
Kerja-sama penduduk diluar dugaan
Walaupun penat hati dah lega
Penduduk bersatu tiada sempadan

Kekurangan kelemahan pastinya ada
Boleh dibaiki tahun hadapan
Mohon maaf ajk pinta
Sokongan penduduk jadi harapan


oleh ..inka