Demo Fire Fighting - Family Day 2010

Demo Fire Fighting - Family Day 2010

Saturday, 18 August 2007

Mesyuarat Agong Pertama

Mesyuarat Agong Persatuan Penduduk Jalan 4/6, 4/6A hingga 4/6E Bandar Baru Bangi yang diadakan pada 18/8/2007 di kawasan padang permainan perumahan Seksyen 4/6 telah berlansung dengan lancar. Mesyuarat tersebut telah diresmikan oleh Ybg Dato' Mohd Zaidi bin Hj Mohd Zain Ahli Majlis Perbandaran Kajang.


Dalam ucapan peresmian tersebut Dato' Zaidi telah menyatakan kepentingan kewujudan persatuan penduduk sebagai satu saluran untuk membawa masalah-masalah penduduk untuk diketengahkan kepada majlis Perbandaran Kajang. Dalam hubungan ini Yang Dipertua persatuan penduduk adalah merupakan orang perantara yang akan membawa semua aduan penduduk ke mesyuarat wakil persatuan penduduk dengan Dato Zaidi yang dijadualkan pada setiap bulan.


Di dalam mesyuarat agong tersebut ahli jawatankuasa telah dilantik bagi menerajui persatuan untuk sessi 2007 -2008 bagi menggantikan jawatankuasa penaja. Mesyuarat telah bersetuju melantik Tuan Haji Abdul Shukor b. Mohd Ali sebagai Yang Di Pertua. (senarai penuh akan di keluarkan kemudian).


Ahli persatuan juga telah mencadangkan beberapa aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh persatuan antaranya, majlis usrah, hari keluarga, jamuan hari raya, membina gelanggang futsal, mengujudkan tabung khairat kematian dan melantik ajk untuk memohon pembinaan sebuah dewan orang ramai.

Mesyuarat juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penduduk yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan mesyuarat agong kali ini antaranya, En. Hazaman Ahmad diatas sumbangan sistem pembesar suara, En. Abdul Aziz diatas sumbangan minuman, Tuan Haji Marhaban diatas sumbangan khemah dan kerusidan En. Md. Zain diatas sumbangan pinggan mangkuk pakai buang.




2 comments:

  1. the full office bearer list will be published soon

    ReplyDelete
  2. Saya cadangkan ahli-ahli dapat masukkan gambar yang relevan dengan aktiviti di kawasan kita di dalam blog ini bagbi dikongsi bersama. Tidak semestinya gambar itu daripada AJK Persatuan Penduduk saja

    ReplyDelete