Demo Fire Fighting - Family Day 2010

Demo Fire Fighting - Family Day 2010

Saturday 23 August 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 51 DAN RAMADHAN 1429H

Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Jalan 4/6, 4/6A Hingga 4/6E mengucapkan selamat menyambut Hari Merdeka dan seterusnya selamat menerima kedatangan Ramadhan.

Ramadhan bagi tahun Hijrah 1429 yang muncul semasa kehangatan menyambut hari ulangtahun kemerdekaan tanah air kita masih dirasai, diharap akan lebih bermakna bagi kita umat Islam khususnya penduduk Islam di kawasan 4/6, 4/6A hingga 4/6E.

Beberapa kejadian jenayah terutamanya jenayah pecah rumah dan kejadian kecurian adalah merupakan ancaman terhadap keselamatan penduduk dan perlu diberi perhatian.

Sehubungan dengan itu pihak persatuan berusaha untuk sama-sama menangani masalah ancaman keselamatan ini. Buat masa ini langkah yang diambil adalah akan mengedarkan pelekat kenderaan untuk ahli persatuan dan penduduk, dan mengemaskinikan senarai penduduk.

Tujuan pelekat kenderaan adalah supaya penduduk dapat mengenali kenderaan penduduk kawasan ini dan dapat mengambil perhatian terhadap kenderaan luar sebagai langkah berhati-hati. Insaallah pelekat kenderaan akan diedarkan apabila urusan mencetak dapat diselesaikan.

Langkah mengemaskinikan senarai penduduk bertujuan supaya penduduk dapat mengenali penyewa dan juga penduduk yang baru mendiami kawasan ini disamping dapat merapatkan silaturrahim dengan penduduk baru. Insaallah dengan mengenali jiran kita dapat bekerjasama terutamanya dalam hal-hal keselamatan dan hal ehwal penduduk.

Mudah-mudahan dengan beberapa langkah ini penduduk dapat bekerjasama memastikan kawasan taman kediaman kita supaya lebih selamat.

1 comment: